Tajuk Blog

Nak cerita kenapa tajuk blog aku watak sampingan .

      Watak sampingan ni sebab , blog ni akan aku cari bila aku ada kelapangan atau untuk menghilangkan bosan . So blog ni bukan watak utama dalam hidup aku tapi hanya sekadar watak sampingan sahaja . Sekian

Perubahan !

       Setiap manusia akan berubah , sama ada perubahan yang baik atau buruk . Itu masing-masing lah . Actually bukan hal orang aku nak citer tapi hal aku sendiri .        

        Aku melalui satu perubahan , perubahan aku ni boleh dikatakan 'Nerd' sebab apa , dari tak suka membaca , tetiba jadi penggemar membaca . Haha . Sorry tulis sendiri , gelak sendir . tapi suka aku lah kan . Okay , sambung balik . Adalah suatu hari tu kan , pergh ayat pun dah skema . ZzzZZ . okay , sambung balik, ada satu hari tu teman kakak tempat office aku ni cari novel , aku pun belek-belek laa juga novel yang ada kat situ .Hahh ! dari situ lah timbul minat nak membaca .         

        Lagi satu sebabnya , mungkin aku dah tak aktif kat F & T lagi mungkin sebab tu kot , nak habiskan sisa-siasa masa aku kat rumah. Tapi layan juga membaca ni . Dapat juga faedah kat situ .         

       Sekarang selain layan movie online , aku membaca . Buat masa ni tu lah kehidupan aku . Itu masa aku tengah belajar lah . Tatau nanti dah masuk alam pekerjaan pula kan . Mungkin agak terhad masa aku nanti . Okay stop sini jela. Sekian

Mula berjinak

      Baru nak berjinak-jinak dalam tulis blog ni sebab asyik dengan F & T  je , nak ubah angin . Kalau boring boleh close sebab blog ni bukan untuk orang tertentu ke apa . Free open free baca . Tak suka tape , tade masalah .

        Blog ni dah lama create tapi tade entry nak tulis sebab minat tu tak timbul lagi . Entah kenapa semalam  ( 20.11.2012 ) tetibe terpikir pasal blog ni . Sementara ada minat , teruskan jela .     

        Actually salah satu sebab kenapa tak terjebak dengan blog ni sebab tade IDEA . Tatau nak tulis apa .Mungkin sebab sulu tak suka BM penulisan . Ada kena mengena ke ?  
  
Stop dulu untuk entry yang pertama ni , cepatkan tade idea . Sekian